Description
Tajuk: The Journey
ISBN: 978-967-369-816-5
Penerbit: Puteh Press
Penulis: Vanessa Lee
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 176
Halaman: Hitam Putih
Format: Soft Cover
Menjadi Independent Woman adalah suatu keperluan pada masa kini. Zaman berubah dan terus berkembang. Wujud hak istimewa di mana perempuan kini memegang peranan dan pengaruh tertinggi sepanjang sejarah. Tidak perlu lagi memperjuangkan kesetaraan gender. Tidak perlu juga menyamakan kedudukan dengan lelaki. Hal ini kerana, peranan dan kedudukan kita selalu berbeza, namun saling melengkapi.
Ya, Independent Woman tidak hanya terbatas pada kemandirian dalam membiayai diri sendiri. Ini melibatkan mentaliti dan keupayaan untuk melebihi batas. Setiap individu mempunyai batasan yang berbeza-beza. Apa pun yang menjadi penghalang, anggaplah itu bukanlah batasan tetapi suatu cabaran. Hal ini bukan untuk menggagalkan ataupun bahkan menghalang, tetapi untuk membentuk, mempertajam, dan memperkuat.